Tuesday, December 10, 2013

Banjir! Banjir!

Sikap prihatin adalah sikap terpuji rakyat Malaysia.
Laporan terkini banjir di Kuantan Pahang 9 Disember 2013
Keadaan banjir di negeri Pahang dilaporkan semakin pulih selepas berlarutan lebih seminggu, dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah manakala beberapa jalan utama boleh dilalui kenderaan, setakat 5 petang Isnin
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 32,189 orang, manakala kesemua tujuh pusat pemindahan yang menempatkan 137 mangsa banjir di daerah Raub telah ditutup tengah hari tadi
keadaan terkini cuaca di kuantan pahang 2013 disember laporan terkini banjir di kuantan pahang 9 disember 2013
laporan terkini banjir di kuantan pahang 9 disember 2013
Sehingga 5 petang tadi, seramai 32,189 mangsa banjir yang terdiri daripada 9,879 keluarga masih ditempatkan di 132 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas banjir
Meskipun keadaan banjir semakin pulih, Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di pusat pemindahan kerana kerosakan tempat tinggal dan harta benda akibat banjir memaksa mangsa berada di pusat penempatan lagi
Berikut adalah jumlah keseluruhan mangsa banjir mengikut pecahan di pusat pemindahan di negeri Pahang
Daerah Mangsa Pusat pemindahan aktif
Kuantan 26397 34
Rompin 36 2
Pekan 3182 34
Maran 839 17
Jerantut 456 10
Lipis 60 5
Temerloh 1049 23
Bera 170 7
Raub - Ditutup
Dalam pada  itu, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan antaranya
Km14, Jalan Temerloh-Bahau
Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial)

No comments:

Post a Comment